GURU MENGAKU TIDAK BERSALAH CABUL PENUMPANG E-PANGGILAN WARGA ASING
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini, atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga asing, awal bulan ini.
JOHOR BAHRU: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita warga asing, awal bulan ini.
Alvin Choo Chee Hong, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini.
Mengikut pertuduhan, Choo didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 1 Feb lalu antara 5.30 petang hingga 6 petang di dalam sebuah kereta Perodua Bezza bernombor pendaftaran QS8511T.
Kesalahan itu berlaku antara Kedai Emas Ros Merah, Taman Abad, Jalan Harimau Tarum, Taman Century dan R&F Princess Cove, Jalan Tanjung Puteri 1, Tanjung Puteri, dalam daerah Johor Bahru.
Choo didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha’ari manakala tertuduh diwakili peguam Mark Jeyakumar.
Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan tertuduh merupakan anak sulung daripada tiga beradik dengan dua adiknya masih menuntut di institusi pengajian tinggi manakala ibunya seorang suri rumah dan bapanya bekerja sebagai pembantu jurutera dengan pendapatan sekitar RM4,000 sebulan.
Mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen serta membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin warganegara. Choo membayar jaminan berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pemandu e-panggilan ditahan pada 4 Feb lalu bagi membantu siasatan susulan laporan polis dibuat oleh wanita warga Vietnam berhubung kejadian berkenaan.
Pada 3 Feb, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu terbabit dan beliau tidak lagi dibenarkan berkhidmat di mana-mana platform e-panggilan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked