HAFAZ QURAN PADA USIA 14 TAHUN, NAUFAL SEMPAT JADI IMAM SEBELUM HILANG – BAPA
Bapanya Mohd Harris Muhamed, 46, berkata pada Selasa malam iaitu hari kehilangan Naufal, anaknya itu sempat menjadi imam di surau kawasan rumah dan berkelakuan agak pelik seperti ketawa sendirian.
Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang hilang di Kampung Tanjong Sejarah Kampung Tawai hari ini. Gambar kanan: Muhammad Naufal Adzimi –fotoBERNAMA
GERIK: Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang hilang di kawasan kebun getah di Kampung Tanjong Sejarah, Kampung Tawai di sini, sejak tiga hari lepas, merupakan antara pelajar terbaik di maahad tahfiz tempat beliau belajar dan berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 14 tahun.
Bapanya Mohd Harris Muhamed, 46, berkata Muhammad Naufal Adzimi yang mesra dipanggil Naufal, pada Selasa malam iaitu hari kehilangannya, telah sempat menjadi imam di surau kawasan rumahnya.
Beliau berkata sejak petang itu juga, Naufal berkelakuan agak pelik seperti ketawa sendirian dan mencabut kedua-dua cermin sisi motosikalnya, tanpa sebarang tujuan.
“Bagaimanapun pada tengah malam itu, Naufal gelisah untuk keluar rumah dan kira-kira 20 minit selepas itu beliau telah pulang semula ke rumah, sebelum difahamkan daripada jiran kampung yang melihat Naufal memecut motosikal dengan laju keluar dari rumah kira-kira 2 pagi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat (SAR) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu di sini hari ini.
Turut serta dalam SAR itu, ibu Naufal, Rilawati Abdul Rani, 43.
Mohd Harris berkata kali terakhir beliau melihat Naufal ialah selepas 12 tengah malam dan selepas kehilangannya itu beliau telah mengajak beberapa orang penduduk mencari Naufal, sebelum membuat laporan polis apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah sehingga pagi.
Bercerita lanjut, Mohd Harris berkata beberapa hari sebelum kehilangan Naufal, guru Maahad tempat beliau belajar ada menghubunginya dan mengesyorkan Naufal untuk diambil dari asrama setelah berkelakuan pelik.
“Guru berkenaan kata Naufal ada menulis di kedua-dua bahagian kertas A4 tentang luahannya berkaitan SPM yang didudukinya, serta nama rakan-rakan dan ustaz-ustaz dikenalinya.
“Bila tengok senior dia berjaya dalam SPM baru-baru ni, mungkin dia rasa sedikit tertekan. Jadi saya tengok kertas (dengan tulisan Naufal) itu. Cikgu syor saya bawa pulang dia ke rumah dan saya bersetuju,” katanya.
Mohd Harris berkata ketika berada di rumah, beliau ada bertanya kepada Naufal, kenapa beliau mencabut cermin sisi motosikal dan anak kedua dari lima beradik itu memberitahu bahawa beliau terpengaruh dengan sebuah drama yang ditayangkan di televisyen.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata operasi pencarian diteruskan pada 9 pagi hari ini, dengan radius pencarian sekitar empat kilometer melibatkan lapan kumpulan berasingan.
Beliau berkata pasukan itu, melibatkan kekuatan 115 anggota termasuk antaranya polis, unit K9 bomba, Agensi Pertahanan Awam dan orang awam.
Pada Khamis, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima laporan berhubung kejadian seorang remaja lelaki hilang pada 1.33 pagi, dengan lokasi terakhir mangsa dilihat di sekitar Kampung Ulu Kenderong, Jalan Air Bertam pada jam 9.00 pagi.
Pelajar sebuah sekolah tahfiz itu dikatakan mengalami gangguan emosi, bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga petang, sebelum pencarian digerakkan keluarga dan rakan mangsa.
Bagaimanapun usaha mereka hanya berhasil menemukan motosikal yang ditinggalkan mangsa dalam kawasan kebun getah sekitar pukul 6 petang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked