Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG DUCATI MAUT REMPUH MYVI

DALAM NEGARA

PENUNGGANG DUCATI MAUT REMPUH MYVI

“Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dipandu seorang wanita dipercayai keluar simpang kiri secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta itu.”

Peniaga maut selepas Ducati Panigale ditunggang terbabit kemalangan dengan Perodua Myvi di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan. – Foto PDRM

KUANTAN: Seorang peniaga maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran sebuah stesen minyak Sungai Soi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Khairul Azhan Mohd Naim, 31, dari Jalan Permatang Lembing, Alor Ara di Pekan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan laporan kemalangan itu membabitkan dua kenderaan iaitu motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale V4 S dan kereta Perodua Myvi pada jam 9 malam.

“Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal dari arah bandar Kuantan menghala Pekan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, sebuah kereta dipandu seorang wanita dipercayai keluar simpang kiri secara mengejut menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian pintu kanan hadapan kereta itu.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala wanita berusia 27 tahun yang memandu kereta terbabit cedera pada rusuk kanan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading