HAKIM BAHARU DENGAR BICARA BELA DIRI KES RASUAH BUNG MOKTAR, ISTERI PADA 9 APRIL 2025
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Hakim Rosli Ahmad menetapkan 9 hingga 11 April, 14 dan 15 April serta 5 dan 6 Mei 2025 untuk perbicaraan kes itu.
“Mahkamah turut menetapkan 21 Jan untuk pengurusan kes,” katanya yang turut mengekalkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan, pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Rosli merupakan hakim baharu yang mendengar kes pasangan suami isteri berkenaan, selepas hakim terdahulu Rozina Ayob berpindah ke tempat lain.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Law Chin How memohon supaya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan dan mengekalkan wang jaminan RM100,000 berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.
“Hari ini ditetapkan sebutan kes berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 18 Nov lepas, yang mengembalikan kes ini ke Mahkamah Sesyen,” kata Law yang mengendalikan kes bersama TPR Mohamad Fadly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide.
Peguam Datuk Seri K.Kumaraendran, A.Ashok dan Ridha Abdah Subri masing-masing mewakili Bung Moktar dan Zizie Izette memaklumkan, pihak pembelaan akan memanggil antara lima hingga enam saksi pembelaan termasuk suami isteri itu.
Mahkamah Rayuan pada 18 Nov, memerintahkan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Sept 2023.
Pada 2 Sept 2022, Rozina memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.
Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager