HARGA MAKANAN, MINUMAN DI RESTORAN MASIH TINGGI WALAUPUN HARGA BAHAN MENTAH TELAH TURUN – RAFIZI
Beliau berkata kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.
Rafizi Ramli (tengah) bercakap kepada media pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamandun Islam hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menegur sikap sesetengah peniaga restoran dan kedai makan yang masih enggan menurunkan harga makanan dan minuman mereka, meskipun harga bahan mentah di pasaran telah turun.
Beliau berkata kerjasama daripada peniaga restoran dan kedai makan untuk menyeimbangkan harga jualan mereka dengan bahan mentah amat penting untuk membantu rakyat menambah ruang perbelanjaan dan mengurangkan beban kewangan mereka.
“Kadang-kadang, itu orang marah apabila harga bahan mentah (semakin turun), harga (bil) elektrik tidak naik, semuanya dikekalkan, tetapi harga barang daripada peruncit, restoran dan gerai tidak turun.
“Kita juga perlukan supaya yang mana boleh turun, kita turunkan dan yang mana boleh kurang, kita kurangkan.
“Setakat ini, semua yang lain menunjukkan penurunan kecuali untuk beli makanan yang sudah siap daripada restoran dan gerai serta ‘take away’ ke rumah masih naik walaupun harga bahan mentah telah turun,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini.
Katanya pengguna juga perlu bertindak lebih proaktif terhadap perubahan harga barangan dengan mengelak daripada berkunjung ke restoran dan kedai makan yang masih menawarkan harga makanan dan minuman yang tinggi.
“Pengguna perlu bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan harga. Itu cara terbaik untuk kita mempengaruhi keputusan peniaga terutamanya di restoran,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Rafizi berkata rakyat perlu mempunyai keyakinan bahawa sistem ekonomi yang diimbangi oleh kerajaan yang diwakili golongan politik dan ahli ekonomi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dalam beberapa keputusan seperti Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah yang terbaik dengan mengambil kira semua faktor.
Katanya pihaknya yakin keputusan BNM berkaitan OPR telah mengambil kira kepentingan jangka masa panjang, jangka masa pendek dan kepentingan rakyat pada masa depan.
Pada Khamis, BNM pada menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut.
Bagaimanapun, terdapat pakar ekonomi yang menjangkakan akan berlakunya lagi peningkatan OPR pada tahun ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager