Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM MASJID AL-AQSA HARGAI USAHA KERAJAAN, RAKYAT MALAYSIA BANTU RAKYAT PALESTIN – PM ANWAR

DALAM NEGARA

IMAM MASJID AL-AQSA HARGAI USAHA KERAJAAN, RAKYAT MALAYSIA BANTU RAKYAT PALESTIN – PM ANWAR

Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan serta rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.

Sumber Gambar: PMO

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan serta rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan berkenaan dinyatakan sendiri oleh Sheikh Ali Umar kepadanya, sewaktu beliau menerima kunjungan tokoh agama itu semalam.

Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Ali Umar turut senada dan sepakat mengenai kepentingan Masjid Al-Aqsa dan masa hadapan Al-Quds.

“Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjid Al-Aqsa.

“Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin, dalam menentang keganasan rejim zionis Israel,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading