MISI KEMANUSIAAN GSF 2.0 DIJANGKA DILANCAR PERTENGAHAN TAHUN INI – SANI ARABY
Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) bersama gerakan Sumud Nusantara kini dalam perancangan untuk melancarkan misi kemanusiaan buat kali kedua pada pertengahan tahun ini, iaitu pada musim bunga.
BANGI: Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla (GSF) bersama gerakan Sumud Nusantara kini dalam perancangan untuk melancarkan misi kemanusiaan buat kali kedua pada pertengahan tahun ini, iaitu pada musim bunga.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata misi itu digerakkan sebagai tindak balas terhadap Israel berikutan wujudnya usaha yang sengaja melengahkan dan menghalang kemasukan bantuan, sekali gus memperlihatkan perkembangan konflik yang semakin memburuk.
“Sekiranya konflik ini berterusan, tekanan antarabangsa perlu digerakkan sebagai jalan akhir untuk memastikan dunia tidak terus memalingkan perhatian daripada apa yang sedang berlaku di Gaza,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata demikian selepas diskusi Sidang Meja Bulat GSF 2.0: Breaking The Siege di Wisma MAPIM hari ini.
Diskusi Sidang Meja Bulat itu disertai tiga ahli Jawatankuasa Pemandu GSF, iaitu Thiago Avila, Kleoniki Alexopoulou dan Saif Abukesyek selaku panel manakala Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bertindak sebagai moderator.
Sani Araby bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh sebenar pelancaran misi kemanusiaan itu atas faktor keselamatan serta berharap penyertaan akan melebihi angka terdahulu, iaitu 45 negara.
Beliau berkata bagi misi kali ini pihaknya akan menekankan ke arah membangkitkan kesedaran rakyat seluruh dunia bagi menggerakkan usaha mendesak kerajaan masing-masing supaya dapat diterjemahkan dalam bentuk polisi diplomasi.
“Kali ini antara strategi terpenting adalah menggerakkan kumpulan daripada rakyat, badan bukan kerajaan, kerajaan dan pimpinan dunia untuk kita terjemahkan bahawa aksi ini bukan aksi suka-suka tetapi aksi kita menghina ‘kebinatangan’ yang dilakukan oleh rejim (Zionis),” katanya.
Sani Araby turut menjangkakan konflik berkenaan berkemungkinan memuncak dalam tempoh beberapa bulan akan datang, termasuk sekitar musim bunga atau pertengahan tahun ini berdasarkan perkembangan semasa di lapangan.
Beliau berkata jangkaan itu selari dengan kebimbangan bahawa keadaan mungkin bertambah buruk sekiranya tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan bagi menghentikan keganasan serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan.
Pada September tahun lepas, GSF membawa ratusan aktivis antarabangsa bersama bantuan kemanusiaan bagi menembusi sekatan laut Israel dan menyampaikan sokongan dan bantuan kepada penduduk Gaza.
Sebanyak 34 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza bagi menyalurkan bantuan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Bagaimanapun, pada 1 Okt, kira-kira 41 kapal dipintas oleh rejim Zionis sebelum para aktivis ditahan di Penjara Ketziot, Israel dan dihantar pulang ke negara masing-masing.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager