KERAJAAN PERUNTUK RM800 JUTA BAGI BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN INI – PM
Kerajaan memperuntukkan RM800 juta bagi menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disalurkan secara sekali beri berjumlah RM150 kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam pada tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, berkata ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk menerima bantuan itu.
PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan RM800 juta bagi menyediakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang disalurkan secara sekali beri berjumlah RM150 kepada semua pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Enam pada tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, berkata ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk menerima bantuan itu.
“Ibu bapa harus pergi ke sekolah sebab ibu bapa perlu pastikan wang itu dibelanja untuk anaknya, dan mereka kena dengar daripada guru masalah anak.
“Hendak wakilkan (kepada anak) tidak boleh sebab kita syaratkan dia (ibu bapa) harus ke sekolah kerana perbelanjaan ini tinggi… RM800 juta,” katanya ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan BAP akan mula diagih seawal 11 Jan ini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan bersetuju memperuntukkan dana segera berjumlah RM200 juta bagi membaiki Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan maahad tahfiz yang daif pada tahun ini.
“Walaupun ia tidak termasuk dalam skim sekolah ikut dasar pelajaran kebangsaan tetapi lebih 300,000 pelajar berada di SAR…. dahulu (bantuan) dibatalkan sama sekali oleh Perdana Menteri terdahulu, dan ini sebenarnya mendera anak-anak kita,” katanya.
Anwar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia diarah untuk melaksanakan rundingan bagi memperbaiki kemudahan, meningkatkan mutu kurikulum serta guru di SAR dan maahad tahfiz.
Beliau berkata kerajaan turut bersetuju untuk meningkatkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kepada RM80 juta berbanding RM50 juta pada tahun lepas dan memperuntukkan RM50 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
“Anak-anak kita juga ada yang ke SJKC dan sekarang, ada beberapa SJKC yang turut disertai oleh anak-anak Bumiputera dan anak-anak India… tanpa kecuali, dahulu kita sediakan RM50 juta dan kita naikkan tahun ini kepada RM80 juta untuk SJKC.
“SJKT walaupun lebih kecil jumlahnya tetapi ada juga sekolah Tamil ini yang keadaannya daif, dan sebab itu kita sediakan RM50 juta,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager