Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG LELAKI MAUT DITEMBAK DI RESTORAN MAKANAN SEGERA DI BANTING

DALAM NEGARA

SEORANG LELAKI MAUT DITEMBAK DI RESTORAN MAKANAN SEGERA DI BANTING

Seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Kuala Langat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.05 malam.

Sumber: Media sosial

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut selepas ditembak di sebuah restoran makanan segera di Banting, Kuala Langat dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.05 malam.

“Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat menerima maklumat daripada MERS 999 mengenai satu kejadian tembakan di sebuah restoran di kawasan Banting yang melibatkan kematian seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan beberapa kelongsong peluru kelihatan bertaburan di lantai restoran berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading