Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IMAM MASJIDIL HARAM HADIR SIMPOSIUM AL-QURAN SEDUNIA DI WTCKL

DALAM NEGARA

IMAM MASJIDIL HARAM HADIR SIMPOSIUM AL-QURAN SEDUNIA DI WTCKL

KUALA LUMPUR: Imam Masjidil Haram Sheikh Maher bin Hamad Al-Mu’aiqly dijadual hadir sebagai tetamu khas ke Simposium Al-Quran Sedunia (WQS) 2024 yang dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Program berlangsung esok itu bertemakan “Transformasi Ummah Melalui Kemukjizatan Al-Quran” sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA).

WQS akan turut mengupas mukjizat Al-Quran yang mampu membangkitkan transformasi ummah.

Turut hadir program esok Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadhillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu selain hadir ke WQS, Sheikh Maher turut dijemput ke beberapa program lain sepanjang berada di Malaysia antaranya menjadi imam solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada Jumaat.

Beliau juga akan bertemu Duta Arab Saudi di Malaysia dan hadir majlis penutup MTHQA yang dijadual berlangsung pada Sabtu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading