Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU SEDANG KUARANTIN AKAN DIBERI PELEPASAN IKUT TEMPOH BAHARU

DALAM NEGARA

INDIVIDU SEDANG KUARANTIN AKAN DIBERI PELEPASAN IKUT TEMPOH BAHARU

Sumber Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Individu yang sedang menjalani kuarantin wajib perlu mengikut garis panduan sedia ada kerana tempoh baharu hanya berkuatkuasa Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, bagaimanapun berkata , individu yang sedang menjalani kuarantin wajib dan cukup tempoh tujuh atau 10 hari akan diberikan pelepasan bermula Isnin ini dengan syarat keputusan ujian saringan RT-PCR adalah negatif.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka yang lengkap vaksinasi COVID-19 akan menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari manakala yang tiada atau tidak lengkap vaksinasi, perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari.

Mereka yang terbabit dalam peraturan ini ialah warganegara, pemastautin tetap (PR), ekspatariat atau kor diplomatik atau orang asing dibenarkan Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia, kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan individu yang diberi perintah pengawasan serta pemerhatian antara golongan yang pulang dari kawasan berisiko tinggi penularan jangkitan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading