Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI LONGGARKAN SOP

DUNIA

ARAB SAUDI LONGGARKAN SOP

Sumber Gambar : AFP

ARAB SAUDI: Arab Saudi mengumumkan kelonggaran SOP termasuklah dari aspek pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal bermula 17 Oktober.

Kelonggaran itu bagaimanapun tertakluk kepada kawasan tertentu dan golongan yang lengkap divaksinasi sahaja.

Memetik Arab News, kelonggaran itu diberikan susulan penurunan kes COVID-19 selain pencapaian kadar vaksinasi yang tinggi.

Penggunaan pelitup muka di tempat terbuka tidak lagi diwajibkan kecuali bagi pengunjung dan kakitangan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Kedua-dua masjid tersebut dalam pada itu turut dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh bermula 17 Oktober ini.

Penjarakan fizikal juga tidak lagi diwajibkan di perhimpunan sosial atau di tempat awam termasuk pengangkutan, restoran dan pawagam malah Kerajaan Arab Saudi juga membenarkan dewan perkahwian berkapasiti penuh.

Beberapa langkah pencegahan akan terus dikekalkan seperti pemeriksaan suhu badan dan pemeriksaaan status kesihatan menerusi aplikasi Tawakkalna.

Bagaimanapun, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka akan tetap diwajibkan di lokasi yang mana pemeriksaan status kesihatan melalui Tawakkalna tidak dikenakan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading