Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAKAL JEMAAH UMRAH BOLEH MOHON DOS PENGGALAK

DALAM NEGARA

BAKAL JEMAAH UMRAH BOLEH MOHON DOS PENGGALAK

Sumber Gambar : AFP

KUALA LUMPUR: Individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin ditetapkan kerajaan Arab Saudi, boleh memohon kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan suntikan penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata permohonan boleh dikemukakan menerusi aplikasi MySejahtera bermula bulan hadapan.

Dalam pada itu Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, KKM akan mengadakan perbincangan dengan beberapa negara termasuk Arab Saudi dan United Kingdom supaya tidak mengamalkan diskriminasi vaksin.

Jelasnya banyak negara Islam menggunakan vaksin Sinovac seperti Indonesia, Pakistan dan Turki.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilapor membenarkan individu menerima suntikan vaksin Sinovac menunaikan umrah, dengan syarat mendapatkan dos penggalak. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading