GURU BELUM VAKSIN PERLU SEDAR KESANNYA – PM ISMAIL SABRI

BERA: Guru belum mendapat vaksin perlu memikul tanggungjawab dan segera mengambil suntikan pelindungan itu bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 di sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan kerajaan kepada guru dan rakyat yang layak mendapatkan vaksin juga adalah selari dengan prinsip ajaran Islam iaitu sebagai langkah menjaga kepentingan awam.

“Kita menekankan supaya warga pendidik mendapatkan vaksin kerana mereka akan bersemuka dengan pelajar di sekolah.

“Mereka boleh memberikan kesan buruk kepada para pelajar yang belum vaksin dan membahayakan rakan-rakan guru yang lain,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peranti Komputer kepada pelajar di Parlimen Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32.

Ismail Sabri menasihatkan para pendidik agar tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah kononnya penerima vaksin akan berhadapan pelbagai risiko tetapi perlu melihat kepada kesan positif dikalangan penerima imunisasi lengkap COVID-19. – AlHijrah Online

Leave a Reply