Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDUSTRI MINYAK LIBYA TERJEJAS AKIBAT BAJET DISEKAT

DUNIA

INDUSTRI MINYAK LIBYA TERJEJAS AKIBAT BAJET DISEKAT

Industri Minyak Libya. Foto Internet

TRIPOLI: Perbadanan Minyak Negara (NOC) Libya pada Rabu memberi amaran pengeluaran minyak bakal menyaksikan penurunan dalam tempoh sembilan bulan akan datang andai kerajaan terus menyekat bajet yang telah diluluskan.

“Jika peruntukan untuk perbadanan itu lewat dikeluarkan, pengeluaran minyak Libya yang selama ini sebanyak ratusan ribu tong sehari akan lebih rendah berbanding sepatutnya.

“Ia akan memberi kesan negatif terhadap pendapatan negara,” kata Pengerusi NOC Mustafa Sanalla dalam satu kenyataan dipetik agensi berita XinHua.

Sektor minyak merupakan sumber utama pendapatan Libya telah terjejas teruk akibat daripada serangan keganasan di loji minyak dan pelabuhannya.

Libya terjerumus ke dalam kancah keganasan dan ketidakstabilan politik sejak kejatuhan kerajaan Muammar Gaddafi pada 2011.

Sejak awal April lalu, kerajaan di Tripoli terlibat dalam konflik bersenjata bagi memerangi tentera pemberontak yang berpangkalan di timur, yang cuba mengambil alih bandar dan menggulingkan kerajaan — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading