PROTES ANTI-KERAJAAN IRAQ MEMUNCAK

BAGHDAD: Penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun di jalan-jalan seluruh Iraq termasuk bandar-bandar Iraq pada Rabu.
Menurut agensi berita Anadolu, tujuan penunjuk perasaan dilakukan adalah untuk menuntut pemerintah supaya mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik dan menamatkan gejala rasuah yang berlaku.
Golongan wanita turut menyertai rusuhan itu pada hari kedua protes membuatkan pihak keselamatan meningkatkan kawalan keselamatan dengan mengepung beberapa tempat dan bandar di Baghdad.
Pihak Majlis Keselamatan Negara mengadakan mesyuarat tergempar bersama Perdana Menteri Adli Abdul-Mahdi bagi membincangkan langkah bagi mengatasi masalah ini.
Menurut laporan agensi itu, seorang pegawai Kementerian Kesihatan yang tidak mahu mendedahkan namanya di wilayah selatan Dhi Qar memberitahu bahawa sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan telah terbunuh di wilayah tersebut dan terdapat juga anggota polis yang dilaporkan terbunuh.
Korban pada Rabu itu menjadikan angka bilangan kematian semenjak protes bermula pada Selasa adalah seramai 10 orang, dimana melibatkan kematian seorang anggota polis dengan puluhan yang cedera.
Sumber keselamatan memberitahu bahawa penunjuk perasaan telah bertindak dengan membakar beberapa bagunann Kerajaan di wilayah Dhi Qar dan Najaf. Selain itu, menurut ahli penunjuk perasaan dan aktivis mengatakan bahawa kerajaan Baghdad telah menyekat perkhidmatan Internet di beberapa wilayah. — Terjemahan AlHijrah Online
“Bekalan perkhidmatan internet telah disekat petang ini, dimana memaksa kami untuk menggunakan kaedah programming untuk memecahkan sekatan. Kata Hassan Rahm, antara seorang aktivis yang menyertai protes di Baghdad.Pegawai tentera Hakim al-Asadi berkata perintah berkurung diisytiharkan di wilayah selatan Iraq tanpa memberi butiran lanjut.
Kerajaan Iraq dituduh gagal menamatkan nepotisme dan rasuah. Menurut Bank Dunia, pengangguran belia di Iraq mencecah sekitar 25 peratus. Iraq juga menduduki tempat ke-12 negara paling banyak mengamalkan rasuah. — Terjemahan AlHijrah Online