Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSENTIF RM500 UNTUK 289 JEMAAH HAJI B40 WILAYAH PERSEKUTUAN

DALAM NEGARA

INSENTIF RM500 UNTUK 289 JEMAAH HAJI B40 WILAYAH PERSEKUTUAN

Seramai 289 orang bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan akan menerima insentif sebanyak RM500, untuk musim haji pada tahun 2024/1445H.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 289 orang bakal jemaah haji dari keluarga B40 Wilayah Persekutuan akan menerima insentif sebanyak RM500, untuk musim haji pada tahun 2024/1445H.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, insentif tersebut diberikan menerusi persetujuan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Pemberian ini adalah tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan.

“Ini adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini memperuntukkan kuota sebanyak 31,600 jemaah dari Malaysia untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading