Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANGGOTA POLIS MAUT DITEMBAK DI BALAI POLIS ULU TIRAM, PENYERANG MATI DITEMBAK

DALAM NEGARA

DUA ANGGOTA POLIS MAUT DITEMBAK DI BALAI POLIS ULU TIRAM, PENYERANG MATI DITEMBAK

Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

JOHOR BAHRU: Dua anggota polis disahkan maut manakala seorang cedera, dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar yang mengesahkan perkara itu berkata insiden pada 2.45 pagi itu, melibatkan suspek yang bertopeng bersenjata pistol dan parang.

Suspek bagaimanapun turut dilaporkan mati ditembak dilokasi kejadian.

Susulan itu, polis merampas sepucuk pistol Walther P99 dan Selaras HK MP5 daripada suspek.

Bagaimanapun, maklumat selanjutnya akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang dijangka tiba di lokasi pagi ini.

Jenazah dua anggota dan seorang yang maut serta anggota yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail di sini, untuk bedah siasat dan rawatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading