Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARI BELIA NEGARA: SULTAN PERAK PERKENAN BELIA BACA KHUTBAH JUMAAT

DALAM NEGARA

HARI BELIA NEGARA: SULTAN PERAK PERKENAN BELIA BACA KHUTBAH JUMAAT

Baginda memperkenan belia untuk diberikan penghormatan membaca khutbah dalam semangat menghargai dan mengiktiraf peranan penting belia dalam negara.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan belia untuk membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di Perak sempena sambutan Hari Belia Negara, esok.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Datuk Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin menitahkan khutbah Jumaat di negeri Perak esok bertemakan “Belia: Tenaga Penggerak Pembawa Pembaharuan”.

Katanya, baginda memperkenan belia untuk diberikan penghormatan membaca khutbah dalam semangat menghargai dan mengiktiraf peranan penting belia dalam negara.

“Susulan daripada itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 70 nama pemimpin belia kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

“Nama tersebut untuk diangkat sembah mendapat perkenan Sultan Nazrin membaca khutbah di 70 buah masjid di negeri Perak,” katanya.

Sebagai rekod, Malaysia menyambut Hari Belia Negara pada setiap 15 Mei.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading