Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT RESIT HINA ISLAM

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT RESIT HINA ISLAM

Semalam tular gambar mesej kontroversi seolah-olah mempersendakan agama Islam pada sekeping resit yang dimasukkan seorang pelanggan di sebuah premis di Pulau Pinang.

BAYAN LEPAS: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes tular melibatkan satu mesej kontroversi seolah-olah mempersendakan agama Islam pada resit makanan sebuah premis perniagaan di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Katanya siasatan dijalankan susulan laporan polis yang diterima berhubung gambar tular sekeping resit yang tertera ucapan menghina agama Islam pada 15 Mei kira-kira jam 8:46 malam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah premis perniagaan di Kenari Avenue, Bayan Lepas yang menerima pesanan pelanggan yang mempunyai perkataan menghina Islam di bahagian nota (remarks) pesanan tersebut.

“Pesanan berkenaan diterima pada jam 3.05 petang semalam, melalui aplikasi ‘Dominos’ yang mempunyai perkataan menghina di bahagian ‘remarks’ atau nota pesanan tersebut,” katanya hari ini.

Pihaknya dalam pada itu meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Semalam tular gambar mesej kontroversi seolah-olah mempersendakan agama Islam pada sekeping resit yang dimasukkan seorang pelanggan di sebuah premis di Pulau Pinang.

Gambar serta mesej berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang masyarakat khususnya umat Islam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    16 May 2024 at 11:04 PM

    Akta kesalahan kecil? Hina Islam ko boleh ckp dlm Akta kesalahan kecil?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading