Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISMAIL HANIYEH, PEJUANG HAK RAKYAT PALESTIN YANG DITINDAS – MOHD NAIM

DALAM NEGARA

ISMAIL HANIYEH, PEJUANG HAK RAKYAT PALESTIN YANG DITINDAS – MOHD NAIM

Asy Syahid Ismail Haniyeh merupakan pemimpin yang mempertahankan tanah dan hak-hak rakyat Palestin yang ditindas selama ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

PUTRAJAYA: Asy Syahid Ismail Haniyeh merupakan pemimpin yang mempertahankan tanah dan hak-hak rakyat Palestin yang ditindas selama ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Mohd Naim berkata, Haniyeh telah memberikan sumbangan dan jasa dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Mohd Naim telah meminta kerjasama masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara Kuala Lumpur; Masjid Putra, Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk melaksanakan Solat Jenazah Ghaib ke atas Allahyarham Ismail Haniyeh.

“Pada masa sama, masjid-masjid dan surau-surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga diminta untuk mengadakan Solat Jenazah Ghaib ke atas Allahyarham.

“Pihak JAKIM dan JAWI akan membuat perincian berkaitan perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim Zionis Israel di Tehran, Iran.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading