Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH, BUKTI ISRAEL DI AMBANG KEHANCURAN

DALAM NEGARA

PEMBUNUHAN ISMAIL HANIYEH, BUKTI ISRAEL DI AMBANG KEHANCURAN

“Israel di ambang kehancuran, dan ia mencerminkan keketidakupayaan Israel untuk mencapai matlamatnya. Israel juga sedang berdepan penentangan seumpama itu buat pertama kali dalam sejarah.”

BEIRUT: Pembunuhan Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh mencerminkan kegagalan serta ketidakupayaan Israel untuk mencapai matlamatnya untuk menghapuskan Hamas.

Timbalan Setiausaha Agung kumpulan Palestin Muhammad Al-Hindi berkata, serangan itu adalah bukti bahawa Israel berada di ambang kehancuran.

“Israel di ambang kehancuran, dan ia mencerminkan keketidakupayaan Israel untuk mencapai matlamatnya. Israel juga sedang berdepan penentangan seumpama itu buat pertama kali dalam sejarah,” katanya.

Beliau ketika ditemubual oleh stesen televisyen Lubnan turut menyifatkan pembunuhan Haniyeh bukan sahaja melambangkan penentangan terhadap Palestin dan Hamas, tetapi juga ditujukan kepada Iran.

Sementara itu, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian bertegas untuk mempertahankan integriti dan maruah wilayahnya.

Iran hari ini berkabung dan turut bersedih di atas kematian Pejuang Palestin, Ismail Haniyeh.

“Semalam saya berjabat tangan dengannya dan hari ini saya memikulnya di atas bahu saya,” katanya.

Sebelum ini, ahli keluarga Haniyeh menjadi sasaran Israel di Gaza termasuk tiga anak dan empat cucunya.

Anak lelaki Haniyeh, Abdul Salam berkata, bapanya sebelum ini terselamat dalam empat kali cubaan membunuhnya.

Bagaimanapun, kematian bapanya itu tidak akan menamatkan penentangan Palestin terhadap Israel.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading