Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LANJUT TAHANAN WARTAWAN PALESTIN NASSER LAHAM

DUNIA

ISRAEL LANJUT TAHANAN WARTAWAN PALESTIN NASSER LAHAM

Laham yang merupakan seorang wartawan terkemuka, ditahan awal pagi Isnin dalam satu serbuan tentera Israel di kediamannya di bandar Doha, berhampiran Bethlehem.

Nasser Al-Laham. Wartawan Palestin yang ditahan Rejim Zionis

RAMALLAH: Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel telah melanjutkan tempoh penahanan wartawan Palestin, Nasser Laham dengan kesnya dirujuk ke Mahkamah Tentera Ofer Israel sehingga Khamis ini.

Laham yang merupakan seorang wartawan terkemuka, ditahan awal pagi Isnin dalam satu serbuan tentera Israel di kediamannya di bandar Doha, berhampiran Bethlehem, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam serbuan itu, askar-askar Israel turut merosakkan harta benda di rumahnya dan menyebabkan kerosakan besar.

Setakat ini, jumlah wartawan Palestin yang ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan oleh pihak berkuasa Israel meningkat kepada 22 orang, daripada keseluruhan 55 wartawan Palestin yang kini dipenjarakan.

Daripada jumlah itu, seramai 49 orang ditahan sejak bermulanya serangan berterusan Israel di Gaza.

Tentera Israel terus menyasarkan wartawan Palestin, sering kali dengan tuduhan “menghasut” di media sosial — satu alasan yang digunakan sebagai justifikasi untuk mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan media.

Wartawan Palestin yang ditahan turut mengalami penderaan sistematik sama seperti tahanan Palestin lain, termasuk penyeksaan, kebuluran, pengabaian rawatan perubatan serta penghinaan dan layanan tidak berperikemanusiaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading