Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTANA NEGARA TIDAK MASUK CAMPUR SEBARANG PERCATURAN POLITIK

DALAM NEGARA

ISTANA NEGARA TIDAK MASUK CAMPUR SEBARANG PERCATURAN POLITIK

Perkara itu dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

Perkara itu dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda juga bertitah agar perdana menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap Al-Sultan Abdullah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara. Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Sementara itu dalam sesi menghadap tersebut, Anwar juga memaklumkan seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading