Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU LOGO DIDAKWA MIRIP KALIMAH ALLAH: POLIS RAMPAS 1,145 PASANG KASUT

DALAM NEGARA

ISU LOGO DIDAKWA MIRIP KALIMAH ALLAH: POLIS RAMPAS 1,145 PASANG KASUT

KUALA LUMPUR: Polis merampas 1,145 pasang kasut berjenama Vern’s bagi membantu siasatan berhubung laporan mengenai logo kasut yang dikatakan mirip kalimah Allah. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kiri) ketika sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Polis merampas 1,145 pasang kasut berjenama Vern’s bagi membantu siasatan berhubung laporan mengenai logo kasut yang dikatakan mirip kalimah Allah. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata rampasan kasut itu dilakukan di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti sama ada logo itu menyerupai tulisan khat kalimah Allah atau sebaliknya.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat. Penjual dan pengusaha kasut itu kami akan panggil (beri keterangan) dan pada masa sama kita juga tunggu laporan daripada JAKIM,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai Op Selamat ke-22 yang dilancarkan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 8 hingga 13 April ini, Razarudin berkata kira-kira 6,000 anggota akan terlibat dalam tugasan operasi berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading