Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GAGAL CAPAI MATLAMAT, TENTERA ISRAEL UNDUR DARI KHAN YOUNIS, SELATAN GAZA

DUNIA

GAGAL CAPAI MATLAMAT, TENTERA ISRAEL UNDUR DARI KHAN YOUNIS, SELATAN GAZA

BAITULMAQDIS: Tentera rejim telah berundur dari bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, menurut laporan media Israel pada Ahad.

Kemusnahan bandar Khan Younis akibat kekejaman Israel. – foto/AFP

BAITULMAQDIS: Tentera rejim telah berundur dari bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, menurut laporan media Israel pada Ahad.

“Divisyen ke-98 dengan tiga brigednya, berundur dari Khan Younis malam tadi selepas tamat operasi di sana susulan pertempuran yang berlangsung selama empat bulan,” lapor Agensi Anadolu memetik Radio Tentera Israel.

Radio Tentera Israel berkata hanya ada satu briged yang tinggal di Gaza iaitu Nahal Brigade yang bertanggungjawab untuk mengawal koridor yang ditubuhkan oleh tentera Israel untuk menghalang penduduk Gaza daripada kembali ke utara wilayah itu.

Sementara itu, sumber Palestin memaklumkan bahawa tentera Israel berundur dari semua kawasan barat bandar Khan Younis sementara pasukan itu kekal ditempatkan di timur bandar berkenaan.

Menurut penyiar awam Israel KAN, tentera rejim berundur dari Semenanjung Gaza kecuali mereka yang berada di Bandaraya Gaza untuk menghalang kepulangan rakyat Palestin ke utara.

Operasi darat tentera Israel bermula di Khan Younis pada 3 Dis dengan tujuan untuk menyelamatkan tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas.

Bagaimanapun berdasarkan dakwaan tentera, tentera penceroboh meninggalkan bandar itu tanpa mencapai matlamatnya. — AlHijah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading