Connect with us

ALHIJRAH NEWS

AIDILFITRI: ALIRAN TRAFIK DIJANGKA MENINGKAT SUSULAN TOL PERCUMA BERMULA HARI INI

DALAM NEGARA

AIDILFITRI: ALIRAN TRAFIK DIJANGKA MENINGKAT SUSULAN TOL PERCUMA BERMULA HARI INI

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini. 

Gambar hiasan. – Bernama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini. 

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar. 

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini. 

“Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top