Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU LOGO MIRIP KALIMAH ALLAH: JAKIM BERI AMARAN TEGAS KEPADA VERN’S UNTUK CAKNA SENSITIVITI AGAMA DAN KAUM

DALAM NEGARA

ISU LOGO MIRIP KALIMAH ALLAH: JAKIM BERI AMARAN TEGAS KEPADA VERN’S UNTUK CAKNA SENSITIVITI AGAMA DAN KAUM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi amaran tegas kepada pihak Vern’s Holding Sdn Bhd serta pengusaha perniagaan lain untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi amaran tegas kepada pihak Vern’s Holding Sdn Bhd serta pengusaha perniagaan lain untuk sentiasa cakna dan memberi perhatian serius terhadap isu-isu sensitif melibatkan agama dan kaum.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata perkara itu penting bagi mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat keseluruhannya di negara ini.

“JAKIM juga menyokong penuh tindakan pihak PDRM dalam mengadakan siasatan lanjut dan sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut tersebut oleh pihak syarikat, maka tindakan sewajarnya perlu diambil berlandaskan undang-undang di negara ini. 

“JAKIM juga tidak mahu kes sebegini berulang lagi di masa akan datang sama ada oleh pihak Vern’s Holding Sdn. Bhd. dan juga semua pihak yang menghasilkan apa sahaja produk jualan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JAKIM hari ini turut mengadakan pertemuan dengan Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd,  Datuk Seri Ng Chuan Hoo bagi tujuan siasatan dan meminta penjelasan mengenai isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang tular di media sosial melibatkan kasut dikeluarkan syarikat itu.

Pihak Vern’s Holding Sdn. Bhd. telah menjelaskan kedudukan sebenar isu tersebut serta memohon maaf dan memaklumkan langkah-langkah untuk mengelakkan isu seumpama ini berulang.

Syarikat itu juga telah mengambil tindakan drastik dengan menarik balik serta-merta produk tersebut dari lebih 70 cawangan Vern’s di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandang serius terhadap isu logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah yang tular di media sosial baru-baru ini. 

“Isu ini jelas melibatkan sensitiviti umat Islam serta boleh menggugat perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membangkitkan isu-isu yang menyentuh aspek 3R (agama, raja dan kaum) yang boleh menimbulkan ketegangan dan menjejaskan keharmonian serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan memandangkan kes ini telah pun dibuka kertas siasatan oleh pihak PDRM. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading