JAKIM, JAWI DIARAH SELARAS SOLAT HAJAT ESOK UNTUK KESELAMATAN MISI GLOBAL SUMUD FLOTILLA
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat di semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat esok, untuk keselamatan Misi Global Sumud Flotilla.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat di semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan selepas solat Jumaat esok, untuk keselamatan Misi Global Sumud Flotilla.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pelaksanaan solat hajat itu bagi menyatakan solidariti serta memohon pertolongan daripada Allah SWT agar keselamatan sukarelawan dan kelancaran misi berkenaan sentiasa dipelihara.
“Seperti dimaklumkan media berkaitan perkembangan terkini yang kita terima amat membimbangkan. Kapal-kapal Misi Global (Sumud) Flotilla dilaporkan menghadapi pelbagai gangguan dan ancaman ketika semakin hampir dengan zon kritikal, ini termasuk letupan, kehadiran dron tidak dikenali dan gangguan komunikasi.
“Marilah kita bersama-sama menadahkan tangan ke hadrat Allah SWT agar misi kemanusiaan ini dipermudah, para sukarelawan diberikan perlindungan dan kekuatan serta doa kita menjadi sumber kekuatan kepada rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut berharap semoga Malaysia sentiasa diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan sejagat dan doa semua menjadi asbab kejayaan misi itu.
Semalam, konvoi Global Sumud Flotilla berdepan detik mencemaskan apabila diintimidasi oleh dron rejim Israel yang turut melakukan letupan di udara.
Ketua Pengarah merangkap jurucakap rasmi Sumud Nusantara Flotilla Command Cente Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery dilaporkan berkata flotila itu berdepan cubaan intimidasi oleh 15 dron Israel yang berlegar pada altitud rendah setiap 10 minit.
Pelayaran Global Sumud Flotilla merentasi Laut Mediterranean membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.
Misi bersejarah itu melibatkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia, termasuk 34 delegasi Malaysia yang menaiki hampir 70 bot dengan matlamat memecah kepungan terhadap Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked