BULI IKBN MIRI: TUJUH PELAJAR DIGANTUNG PENGAJIAN SEMINGGU – HANNAH
Tujuh pelajar yang terlibat dalam kes buli seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak digantung pengajian selama seminggu bermula semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
PUTRAJAYA: Tujuh pelajar yang terlibat dalam kes buli seorang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Sarawak digantung pengajian selama seminggu bermula semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Lembaga Tatatertib Pelajar IKBN semalam yang diadakan bagi membincangkan tindakan sewajarnya terhadap semua pelajar berkenaan.
“Jawatankuasa Lembaga Tatatertib Pelajar IKBN Miri sebulat suara membuat keputusan untuk mengenakan beberapa tindakan tatatertib lain kepada pelajar terlibat termasuk pemberian elaun diberhentikan serta-merta dan perlu melaksanakan kerja amal, lapor diri secara berkala dengan pegawai disiplin dan tahan ‘outing’ untuk tempoh sebulan.
“Pelajar terlibat dan mangsa perlu mengikuti sesi kaunseling yang diaturkan oleh IKBN Miri,” katanya pada sidang media berhubung siasatan kes buli IKBN Miri, di sini hari ini.
Menurut Hannah, langkah tegas itu diambil sebagai mesej jelas bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku termasuk buli yang menjejaskan keselamatan pelajar dan mencemarkan nama baik institusi pendidikan.
Sebelum ini, satu rakaman video berdurasi 13 saat tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.
Susulan itu, semalam Hannah dilaporkan berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menghantar dua pegawai tertinggi termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Chan Hong Jin ke IKBN Miri bagi melakukan siasatan bebas antaranya menyoal siasat pelajar terlibat dalam kejadian tersebut.
Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, Hannah berkata Unit Hal Ehwal Pelajar dan tenaga pengajar IKBN Miri akan mempertingkat pemantauan, mengatur sesi kaunseling dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) selain melaksanakan program pencegahan bersama pihak polis.
Beliau berkata unit berkenaan akan mengadakan taklimat dan ceramah mengenai buli yang akan disampaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada setiap suku tahun serta kemudahan peti aduan diperluas bagi memudahkan pelajar menyalurkan aduan atau cadangan penambahbaikan dengan kadar segera.
“Keputusan ini diambil bagi memastikan ia menjadi penghalang kepada kes (buli) dan tiada ruang bagi perkara sebegini berlaku lagi. Kita nak hantar mesej yang serius sebab kalau tidak ambil tindakan nanti akan ada banyak lagi aduan yang akan guna justifikasi gurauan sahaja,” katanya.
Ditanya sama ada KBS akan berkongsi pengalaman dalam menyelesaikan kes itu, Hannah berkata pihaknya sentiasa terbuka dan bersedia melakukan perkara itu memandangkan kes buli turut berlaku di tempat kerja.
“Saya juga telah berkongsi perkembangan kes ini kepada Jemaah Menteri semalam. Sepertimana kita tahu, prosedur operasi standard (SOP) mengatasi kes buli secara menyeluruh memang sedang diteliti dan sentiasa ada perbincangan antara beberapa menteri dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar),” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests