JAKIM PANTAU, PASTIKAN KUPASAN MODUL HADIS 40 SESUAI PEMAHAMAN MURID – FADHLINA
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memantau syarah atau kupasan hadis dalam pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bagi memastikan konteks dan pemahaman itu sampai kepada murid.
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memantau syarah atau kupasan hadis dalam pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah bagi memastikan konteks dan pemahaman itu sampai kepada murid.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara itu sangat penting bagi mengelak timbul isu di kemudian hari seperti salah tafsir hadis, sekali gus menangani gejala radikalisme dan ekstremisme dalam masyarakat.
“Dari segi pemantauan keberkesanan penyampaian modul ini juga akan dilaksanakan melalui pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri secara berkala,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani).
Taufiq ingin tahu mengenai langkah dilakukan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memantau pelaksanaan modul berkenaan bagi memastikan ia tidak disalah tafsir dan jangka masa untuk modul berkenaan disiapkan sepenuhnya.
Pada 19 Ogos lepas, KPM melancarkan modul hadis itu yang bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, antara lain untuk menerapkan kefahaman agama dan memupuk semangat kasih sayang khususnya dalam kalangan guru dan pelajar beragama Islam.
Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara dengan menggunakan modul yang mengandungi kesemua 42 hadis yang terkandung dalam buku Hadis 40 Imam Nawawi.
Fadhlina berkata pihak sekolah boleh merujuk Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dengan memuat turun modul tersebut menerusi pelantar Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) bagi memastikan aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dilaksanakan dengan baik.
Menjawab soalan asal Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta kerajaan menyatakan mengapa lima hadis digugurkan daripada modul berkenaan, Fadhlina mengulangi kenyataannya bahawa KPM tidak pernah melakukan perkara sedemikian.
“Kesemua 42 hadis ini dikekalkan dan tidak pernah digugurkan. KPM merancang untuk melaksanakan perluasan aktiviti penghayatan ini ke semua sekolah KPM yang hanya akan melibatkan murid beragama Islam sahaja mulai tahun 2024,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests