JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN DI PUTRAJAYA ESOK, TINDAKAN TEGAS MENANTI – PDRM
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya telah dipasang pagar ketika tinjauan Bernama hari ini. Polis menolak permohonan penganjuran himpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman, Putrajaya esok.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.
“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata PDRM akan mengadakan beberapa sekatan di jalan masuk ke Putrajaya esok serta melaksanakan pemeriksaan ketat.
“(Ia) bagi memastikan tiada apa apa senjata, ‘banner’, sepanduk yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik atau hasutan berhubung dengan himpunan esok. Orang ramai diingatkan agar jangan hadir perhimpunan besok,” katanya.
Tinjauan Bernama hari ini mendapati pekarangan Istana Kehakiman telah dipasang pagar bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan diadakan di kawasan tersebut.
Media semalam melaporkan PDRM telah menolak permohonan penganjuran perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di sini esok.
Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas perdana menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan berhubung Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.