Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA KONVOI BANTUAN UAE TIBA DI GAZA DALAM OPERASI CHIVALROUS KNIGHT 3

DUNIA

TIGA KONVOI BANTUAN UAE TIBA DI GAZA DALAM OPERASI CHIVALROUS KNIGHT 3

Konvoi terdiri daripada 29 trak yang membawa lebih 364 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, pakaian musim sejuk, khemah perlindungan, dan barangan keperluan lain.

GAZA: Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.

Agensi Berita Emiriah (WAM) melaporkan bahawa usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif UAE untuk menyokong dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin dalam situasi semasa, sejajar dengan “Operasi Chivalrous Knight 3.”

Konvoi terdiri daripada 29 trak yang membawa lebih 364 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, pakaian musim sejuk, khemah perlindungan, dan barangan keperluan lain.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan konvoi bantuan yang telah memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Mesir menerusi Operasi Chivalrous Knight 3 sebanyak 150 konvoi, melibatkan 2,319 trak yang membawa lebih 29,025 tan bantuan, menurut laporan itu.

Sejak krisis bermula, UAE telah menyediakan 46,659 tan bekalan bantuan kecemasan kepada Semenanjung Gaza. Usaha ini bertujuan meringankan keadaan sukar yang dihadapi penduduk Gaza.

Operasi Chivalrous Knight 3 memfokuskan untuk membantu semua kumpulan yang terjejas di Semenanjung Gaza, terutamanya kanak-kanak dan wanita. UAE komited untuk meningkatkan usaha bantuan dan menggalakkan kerja kemanusiaan bagi rakyat Palestin. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading