Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH ISTIQAMAH SOLAT BERJEMAAH DI MASJID MENINGGAL DUNIA USAI SOLAT ISYAK

DALAM NEGARA

JEMAAH ISTIQAMAH SOLAT BERJEMAAH DI MASJID MENINGGAL DUNIA USAI SOLAT ISYAK

Allahyarham difahamkan menjadikan rutin hariannya untuk hadir ke masjid tersebut bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah.

Sumber Gambar: Facebook Masjid Jamek Kampung Likas

KOTA KINABALU: Seorang jemaah Masjid Jamek Kampung Likas meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat fardu Isyak di masjid tersebut, malam tadi.

Menerusi hantaran di Facebook Masjid Jamek Kampung Likas, Allahyarham difahamkan menjadikan rutin hariannya untuk hadir ke masjid tersebut bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah.

“Kami daripada pihak Masjid Jamek Kampung Likas mengucapkan salam takziah kepada pihak keluarga atas pemergian ayah mereka.

“Pemergiannya adalah keuntungan yang besar menuju ke masjid, selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dan bulan yang mulia, bulan Ramadan.

“Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya. Al Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading