Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH UMRAH MENINGGAL DUNIA DI JEDDAH

DALAM NEGARA

JEMAAH UMRAH MENINGGAL DUNIA DI JEDDAH

SEREMBAN: Pesara tentera, Abd Aziz Yunus, 63, yang sebelum ini dirawat di Hospital King Abdullah, Jeddah akibat komplikasi jantung dan buah pinggang ketika menunaikan umrah disahkan meninggal dunia pada jam 12.46 tengah malam waktu Jeddah (5.46 pagi waktu tempatan) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan anak sulungnya, Mohd Faizal Abd Aziz, 35, yang turut mengesahkan jenazah bapanya akan dikebumikan di Jeddah hari ini.

“Mak dengan dua orang adik saya ada di sana, bagaimana pun saya masih menunggu perincian mengenai waktu jenazah dikebumikan di sana,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faizal berkata, keluarganya turut meminta orang ramai agar berhenti menghulurkan dana bagi membawa pulang bapanya yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Abdullah ke tanah air.

“Kami mohon bantuan tersebut dihentikan serta-merta bagi mengelakkan kekeliruan atau salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Bagi mereka yang telah menyumbang sebelum ini, kami akan sedekahkan kepada Baitulmal.

“Jutaan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu. Kami menghargai jasa baik semua yang membantu ada segi wang ringgit atau menghebahkan perkara itu sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, warga emas yang berasal dari Felda Raja Alias 1, Jempol itu telah dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kerana masalah komplikasi jantung dan buah pinggang ketika sedang menunaikan umrah.

Keluarga berusaha untuk membawa warga emas itu pulang tetapi doktor hanya benarkan pulang dengan menaiki penerbangan khas dengan kos RM150,000.

Sebelum itu, tular sepucuk surat yang memohon sumbangan orang ramai untuk membawa pulang seorang warga emas dari Jeddah ke negara ini oleh keluarganya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading