KUALA LUMPUR: Kes jenayah pecah rumah dijangka meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak dua tahun lepas telah menyebabkan penurunan kes jenayah pecah rumah pada musim perayaan.
“Pada 2019 sebanyak 28 kes jenayah pecah rumah dicatatkan di daerah Sentul dan jumlah ini turun kepada 19 kes pada 2020. Pada 2021, hanya 14 kes dicatatkan.
“Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung, kita jangka tahun ini banyak rumah yang akan ditinggalkan kosong (ketika musim perayaan) dan ini merupakan satu cabaran bagi pihak polis untuk memastikan setiap rumah tersebut selamat dan tidak dipecah masuk pencuri,” katanya ketika ditemubual Bernama.
Beh berkata usaha pihak polis menjalankan operasi secara berkala bagi membanteras jenayah pecah rumah akan bermula dengan Kempen Rumah Selamat.
Kempen sempena musim Aidilfitri itu dilancarkan hari ini seluruh negara.
Kempen Rumah Selamat ialah pencegahan jenayah melalui rondaan oleh anggota PDRM di kawasan taman-taman perumahan yang didaftarkan sepanjang musim perayaan.
Seramai 106 pegawai polis akan terlibat dalam kempen ini bagi daerah Sentul dan antara tempat yang disasarkan ialah Jinjang, Kepong dan Sentul.
“Hebahan telah pun dibuat kepada komuniti setempat bagi menggalakkan orang ramai mengisi borang balik ke kampung. Polis akan meronda sekurang-kurangnya sekali sehari bagi setiap rumah yang didaftarkan.
“Borang tersebut boleh diperolehi secara fizikal di Kawasan Rukun Tetangga terdekat atau melalui atas talian menerusi Facebook dan WhatsApp,” katanya.
Beh turut berpesan kepada orang ramai yang hendak pulang ke kampung supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan rumah dikunci dengan baik, memasang lampu di sekeliling rumah serta memasang kamera litar tertutup jika berkemampuan.
“Yang atas jalan raya juga diingatkan supaya berhati-hati, jangan pandu laju lebih-lebih lagi ketika hari hujan. Ingat, walaupun kita dibenarkan beraya di kampung, jaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung COVID-19,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Taman Ehsan Kepong, Ahmad Nabil Ismail, 27, berkata beliau dan keluarga telah pun mengisi borang Kempen Keluarga Selamat sebagai antara persiapan pulang ke kampung pada Mei ini.
Ahmad Nabil berkata maklumat tentang kempen tersebut diketahui daripada kumpulan WhatsApp komuniti setempat di kawasan rumahnya.
“Kes jenayah pecah rumah beberapa kali pernah terjadi di kawasan rumah saya. Sebab itulah saya mengisi borang ini sebagai langkah berjaga-jaga sebelum pulang ke kampung untuk jangka masa yang lama,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Manakala seorang penduduk Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, Nur Aqilah Aina Aizhar, 26, berkata beliau tidak pernah mendengar tentang kempen ini dan berharap lebih banyak pendedahan dilakukan.
“Ini kali pertama saya mendengar tentang kempen ini. Lagi pun kebiasaannya jiran tetangga di sini saling bantu-membantu tengokkan rumah, jadi tidak berapa risau sangat apabila pulang ke kampung,” katanya yang dihubungi Bernama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Pingback: Polis Tingkat Pemantauan, Jangka Jenayah Pecah Rumah Meningkat Pada Aidilfitri -