Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, hari ini. Sumber Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke program World #QuranHour di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) merangkap pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacob dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
World #QuranHour kali ke-7 membawa misi Surah Al-Sajdah dengan tajuk ‘Dunia Bersujud’ diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 24 Ramadan 1443H bermula 12 hingga 1 tengah hari.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis sepanjang tahun ini.
Surah tersebut menjadi formula daripada llahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada Allah dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi dan Penyayang.
Sumber Gambar: BERNAMA
Program World #QuranHour dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah ayat satu hingga tujuh yang dibimbing oleh Qari Ustaz Mohamad Husain Mahmur.
Ia diikuti bacaan Surah Al-Sajdah secara bergilir oleh Qari Dr Anuar Hasin, Ustaz Abdul Khair Jalil, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali, Ustaz Amirahman Abas dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.
Sementara itu sesi tadabbur pula disampaikan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, serta Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi.
WUIF berkolaborasi dengan rakan sinergi untuk menjayakan misi #QuranHour melalui tiga program utama iaitu World #QuranHour yang diadakan hari ini, Malaysia #QuranHour pada 30 Ogos dan World #QuranConvention dari 17 hingga 18 Dis.
Program tersebut dinaungi JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain itu, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM), Karangkraf Medicare Sdn Bhd, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran, badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam dan luar negara.
Antara yang hadir pada program World #QuranHour ialah Ketua Pengarah ITC Datuk Dr Mohmed Razip Hassan, Rektor UIAM Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Pingback: PERMAISURI BERANGKAT KE WORLD #QURANHOUR – IIUM in News
Pingback: PERMAISURI BERANGKAT KE WORLD #QURANHOUR – Interest
Pingback: PERMAISURI BERANGKAT KE WORLD #QURANHOUR – International Islamic University Malaysia