Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKDM RAMPAS 638KG BUNGA GANJA BERNILAI RM62.5 JUTA DI SERI KEMBANGAN

DALAM NEGARA

JKDM RAMPAS 638KG BUNGA GANJA BERNILAI RM62.5 JUTA DI SERI KEMBANGAN

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis bunga ganja seberat 638 kilogram dianggarkan bernilai RM62.5 juta menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Kembangan, Selangor, 2 Dis lepas.

Sumber: BERNAMA

NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis bunga ganja seberat 638 kilogram dianggarkan bernilai RM62.5 juta menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Kembangan, Selangor, 2 Dis lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Siti Mang berkata dalam serbuan pada 3.50 petang itu, pihaknya menemukan 17 kotak bungkusan dan sejumlah bungkusan kerajang aluminium mengandungi leraian tumbuhan berwarna hijau disyaki bunga ganja.

Beliau berkata turut disita sebuah motosikal yang berada dalam pekarangan rumah, alat penimbang dan mesin pengedap haba dengan kesemua barang kes dibawa ke pejabat Cawangan Narkotik, Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JKDM untuk siasatan lanjut.

“Rumah yang diserbu merupakan rumah sewa disyaki dijadikan tempat pembungkusan bunga ganja dan modus operandi sindiket dengan memasukkan dadah itu ke dalam kotak cadar bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Berdasarkan keterangan pada bungkusan kotak, dagangan dinyatakan sebagai Microfiber Bedsheetdengan kesemua bungkusan tersebut dipercayai untuk dihantar ke luar negara. Kegiatan tersebut disyaki dilakukan sejak September lepas,” katanya pada sidang media mengenai rampasan itu di sini hari ini.

Siti berkata tiada tangkapan dilakukan kerana ketika serbuan suspek berjaya melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota JKDM dan pihaknya sedang mengesan mereka yang terlibat.

“Berdasarkan maklumat, penyewaan rumah terbabit dibuat atas nama warga asing tapi kita tidak menolak kemungkinan ada sokongan warga tempatan. Rampasan membabitkan bunga ganja ini adalah terbesar pada tahun ini,” katanya dan menambah bunga ganja lebih mahal berbanding dadah biasa.

Menurutnya, dadah berkenaan disyaki untuk pasaran luar negara dengan proses pembungkusan dilakukan di Malaysia, manakala dadah berkenaan bermungkinan dari negara jiran.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat dengan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading