JORDAN ATASI PALESTIN DI CHERAS, KUTIP TIGA MATA PERTAMA KEMPEN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026
KUALA LUMPUR: Finalis Piala Asia 2023, Jordan mencatat kemenangan sulung dalam kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Palestin 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.
Pemain Palestin Oday Dabbagh (kiri) cuba mengawal pergerakan pemain Jordan Noor Al-Deen Al-Rawabdeh (kanan) pada saingan pusingan ketiga kumpulan B bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 Palestin menentang Jordan di Stadium KLFA, Cheras. — Bernama
KUALA LUMPUR: Finalis Piala Asia 2023, Jordan mencatat kemenangan sulung dalam kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Palestin 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi.
Penyerang Yazan Al-Naimat muncul wira skuad The Chivalrous Ones itu selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua sementara gol tunggal Palestin dijaringkan penyerang Wessam Abouli ketika permainan menghampiri waktu rehat.
Jaringan pemain tengah Selangor FC Noor Al-Deen Al Rawabdeh di pertengahan babak kedua melengkapkan kemenangan Jordan yang dibimbing Jamal Sellami.
Palestin di ranking ke-96 dunia, mengalami kekalahan pertama selepas memulakan saingan kelayakan dengan cemerlang apabila mencuri satu mata ketika mengikat Korea Selatan 0-0 di Seoul minggu lepas.
Terdahulu, pada perlawanan malam ini gerakan solo Al-Naimat membuahkan hasil yang disudahkan dengan rembatan kaki kanan menerjah kanan gawang pada minit kelima untuk gol pertama Jordan.
Palestin menyamakan kedudukan empat minit sebelum separuh masa pertama apabila hantaran lintang dari sebelah kiri Camilio Saldana disempurnakan Abouli yang melepaskan tandukan padu.
Bersambung babak kedua, Jordan tidak menunggu lama untuk kembali mendahului perlawanan apabila Al-Naimat menyudahkan peluang terhidang dengan rembatan kaki kanan selepas menerima umpanan Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-50.
Selepas beberapa siri serangan yang tidak berhasil, Jordan akhirnya meledak gol ketiga apabila umpanan cantik Al-Mardi ke dalam kotak penalti disudahkan dengan baik Al Rawabdeh pada minit ke-72 untuk mengesahkan kemenangan pertama pasukan yang seri 1-1 dengan Kuwait di Amman, minggu lepas.
Jordan selepas ini akan menerima kedatangan Korea Selatan di Amman manakala Palestin kendalian Makram Daboub dijadual berkunjung ke Iraq untuk menentang tuan rumah, bulan depan.
Sebagai rekod, Palestin memilih Malaysia sebagai gelanggang neutral untuk menghadapi kempen kelayakan selepas negara itu terlibat dalam konflik peperangan akibat kekejaman tentera Israel. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.