Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RANGKA WARGA EMAS DITEMUKAN TERLANTAR ATAS TILAM

DALAM NEGARA

RANGKA WARGA EMAS DITEMUKAN TERLANTAR ATAS TILAM

KUALA LUMPUR: Polis menemukan satu rangka manusia terlantar di atas tilam di sebuah unit apartment di Kepong di sini, 5 Sept lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan oleh anak mangsa pada Khamis lepas yang memaklumkan dia tidak dapat memasuki rumah ayahnya kerana berkunci.

“Selepas anak mangsa memecahkan pintu rumah tersebut, beliau melihat ayahnya telah meninggal dunia dalam keadaan hanya tinggal rangka sahaja.

 “Difahamkan dia tinggal berseorangan selepas bercerai dengan isterinya dan kali terakhir anak mangsa menghubungi ayahnya pada tahun 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata bedah siasat ke atas rangka mangsa telah selesai dijalankan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Exco Keselamatan Apartmen Mutiara Magna, Kepong Ab Razak Isa, 48, berkata beliau antara individu yang memecahkan mangga pintu rumah tersebut atas permintaan anak mangsa yang sangsi selepas tidak mendengar khabar berita daripada ayahnya.

Jiran, Nurina Alzailani, 37, berkata setiap hari beliau akan melalui di depan unit rumah mangsa untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh namun berasa hairan kerana tidak pernah terhidu bau busuk.

“Sejak empat tahun lepas, saya memang akan lalui kaki lima ini…tidak sekali pun berasa curiga atau berbau apa-apa. Tiba-tiba dengar ada penemuan rangka manusia dalam rumah berkenaan,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading