Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JPJ SELANGOR NAFI JADI PUNCA KEMALANGAN, SEBALIKNYA BANTU MANGSA

DALAM NEGARA

JPJ SELANGOR NAFI JADI PUNCA KEMALANGAN, SEBALIKNYA BANTU MANGSA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya yang dijalankan oleh jabatan berkenaan, tiga hari lepas.

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor menafikan dakwaan kononnya seorang penunggang motosikal terlibat dalam kemalangan sehingga terbaring di atas jalan raya akibat daripada sekatan jalan raya yang dijalankan oleh jabatan berkenaan, tiga hari lepas.

JPJ Selangor dalam kenyataan malam ini berkata dakwaan itu tular di media sosial menerusi kiriman suara dan gambar dua pegawai JPJ yang berada berdekatan dengan penunggang motosikal berkenaan yang terbaring di atas jalan.

Kenyataan itu menjelaskan dua pegawai yang berada di lokasi kejadian itu sebenarnya bertindak pantas memberikan bantuan awal dengan mengawal lalu lintas.

“Kejadian berlaku pada 5.40 petang, 28 Mac lepas, ketika sepasukan anggota JPJ Selangor sedang melakukan rondaan di sekitar KM 4.4 Lebuhraya Selat Klang Utara dari arah Bandar Sultan Suleiman menghala ke Shah Alam. Apabila tiba di tempat kejadian, seorang penunggang motosikal didapati terbaring di atas jalan raya akibat satu kemalangan.

“Tanpa membuang masa, pihak JPJ memberikan bantuan awal, mengawal lalu lintas di lokasi dengan meletakkan kon keselamatan serta terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan kecemasan paramedik,” katanya.

Menurut kenyataan itu siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku disebabkan penunggang motosikal itu hilang kawalan sehingga terbabas, dan dia kini dilaporkan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading