JUMLAH MANGSA BANJIR BERKURANGAN PAGI INI, SITUASI TIGA NEGERI BERANSUR PULIH
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 65,899 orang pagi ini berbanding 67,453 malam tadi susulan situasi yang beransur pulih di tiga negeri iaitu Terengganu, Perak dan Kedah, manakala angka kematian akibat bencana itu kekal tujuh orang.
Keadaan beberapa rumah yang musnah di sebuah perkampungan di Tumpat selepas kawasan itu dilanda banjir. – Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 65,899 orang pagi ini berbanding 67,453 malam tadi susulan situasi yang beransur pulih di tiga negeri iaitu Terengganu, Perak dan Kedah, manakala angka kematian akibat bencana itu kekal tujuh orang.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 43,667 orang ditempatkan di 96 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan 13,978 keluarga berbanding 43,587 mangsa malam tadi.
Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 22,441 orang, diikuti Tumpat (20,478), Kota Bharu (403), Pasir Puteh (47), Bachok (243) dan Tanah Merah 55 orang.
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan hanya dua sungai utama di negeri itu kekal melepasi paras bahaya namun dalam trend menurun iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang (9.66 meter) dan Sungai Golok di Tumpat (3.73 meter).
Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Azizan Aziz ketika dihubungi Bernama berkata peningkatan jumlah mangsa di Pasir Mas kira-kira 200 orang berbanding semalam berikutan pihaknya baru mendapat akses di kawasan yang terputus hubungan.
“Kita terputus hubungan dengan petugas JKM di kawasan terjejas terutamanya di Rantau Panjang sejak tiga hari lepas menyebabkan data jumlah mangsa banjir di PPS Rantau Panjang tidak dapat dikemas kini hingga semalam,” katanya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,062 orang daripada 304 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,055 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan setakat ini 20 PPS masih kekal beroperasi bagi menempatkan kesemua mangsa di dua daerah terjejas dengan 892 mangsa daripada 256 keluarga di Segamat masih ditempatkan di 18 PPS.
“Sebanyak 170 mangsa daripada 48 keluarga di Tangkak ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Penghulu Long dan Sekolah Kebangsaan Telok Rimba,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di PAHANG, berdasarkan aplikasi InfoBencana JKM, jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan kepada 53 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 39 orang dilaporkan semalam.
Empat PPS dibuka di Temerloh dan Bera, masing-masing dua PPS, dengan keseluruhan mangsa terdiri daripada 37 individu dewasa, kanak-kanak (13) dan bayi (tiga).
Sementara itu di TERENGGANU, jumlah mangsa berkurangan kepada 14,294 orang yang berada di 59 PPS berbanding 15,767 orang malam semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JBPNT) memaklumkan Kuala Nerus kini menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa 6,366 orang daripada 1,665 keluarga berlindung di 15 PPS manakala Dungun 4,594 mangsa (1,111 keluarga) di 20 PPS, dan Kuala Terengganu 2,511 mangsa (608 keluarga) di sembilan PPS.
Selain itu Hulu Terengganu mempunyai 466 mangsa (121 keluarga) di tujuh PPS, Marang 186 orang (43 keluarga) di tiga PPS, Setiu 158 mangsa (28 keluarga) di empat PPS, manakala Kemaman hanya 13 mangsa (empat keluarga) di satu PPS.
Di KEDAH, jumlah mangsa turut berkurangan kepada 6,268 orang daripada 1,902 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 6,411 orang daripada 1,946 keluarga, malam tadi.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari empat daerah itu masih ditempatkan di 31 PPS.
“Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi dengan 4,143 orang daripada 1,254 keluarga, diikuti Kubang Pasu (1,460 orang daripada 454 keluarga), Pokok Sena (524 orang daripada 159 keluarga) dan Padang Terap seramai 141 orang daripada 35 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini terus berkurangan kepada 383 mangsa daripada 128 keluarga di sembilan PPS berbanding 423 mangsa malam tadi.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir masih kekal sebanyak 172 mangsa daripada 44 keluarga pada 8 pagi ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa melibatkan penduduk di daerah Jasin yang ditempatkan di dua PPS iaitu SK Parit Penghulu 106 mangsa daripada 26 keluarga manakala di PPS SK Seri Mendapat pula 66 mangsa daripada 18 keluarga. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.