Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TDM SAHKAN KEHILANGAN DUA ANGGOTA KETIKA OPERASI DI BANDING, PERAK

DALAM NEGARA

TDM SAHKAN KEHILANGAN DUA ANGGOTA KETIKA OPERASI DI BANDING, PERAK

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.

Gambar hiasan. – FB ATM

KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, Perak pada 30 Nov lepas.

TDM dalam kenyataan memaklumkan dalam kejadian itu, dua mangsa bersama tujuh anggota itu dipercayai dibawa arus dalam kejadian kepala air semasa melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia–Thailand dalam Operasi KOTA, ECHO, FOXTROT Siri 6/2024 kira-kira 8 pagi.

Kenyataan itu memberitahu tujuh anggota terbabit ditemukan selamat pada 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun LKpl Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka dan LKpl Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor dilaporkan hilang.

“Pada 1 Dis, kira-kira 6 petang, seorang daripada anggota yang hilang, iaitu Mohd Afandi berasal dari Matu, Sarawak telah ditemukan di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan penyelamat.

“Jenazah Mohd Afandi telah dibawa keluar dari lokasi operasi dengan pesawat udara semalam pada 12.41 tengah hari dan telah dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat sebelum diterbangkan dengan pesawat EC725 TUDM (ke Lapangan Terbang Sibu) kemudian dibawa ke Kampung Jamerong dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jamerong pada 8.45 malam tadi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan usaha mencari seorang lagi anggota yang masih hilang, iaitu Ahmad Zulhilmi masih diteruskan pasukan penyelamat yang terdiri daripada lima pegawai dan 112 anggota bermula dari tempat kejadian di Sungai Merah menyusuri sepanjang Sungai Perak.

Ahmad Zulhilmi berasal dari Kampung Padang Limau, Sungai Petani, Kedah.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM turut berdukacita atas kehilangan anggotanya itu dan menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mohd Afandi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading