JUMLAH MANGSA BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU MENINGKAT PAGI TADI
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi tadi semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu pagi tadi semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 882 orang setakat pukul 8 pagi tadi, melibatkan 267 keluarga di 19 PPS berbanding 482 mangsa malam tadi.
Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jajahan Tanah Merah mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 633 orang daripada 208 keluarga di 13 PPS, diikuti Kuala Krai 165 mangsa daripada 38 keluarga di empat PPS dan Machang 84 mangsa daripada 21 keluarga di dua PPS.
Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati paras Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.11 meter (bahaya 9.0 meter).
Dua sungai di Tanah Merah dicatatkan berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob pada paras 23.16 meter (amaran 22.5 meter) dan Sungai Sokor pada paras 22.49 meter (amaran 21.0 meter).
Di TERENGGANU pula, jumlah mangsa meningkat kepada 651 mangsa daripada 177 keluarga pagi ini berbanding 112 orang daripada 37 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 412 orang daripada 111 keluarga, diikuti Besut (228 mangsa, 61 keluarga) dan Kemaman (11 mangsa, lima keluarga).
Kesemua mereka kini ditempatkan di 17 PPS dan trend jumlah mangsa masih menunjukkan peningkatan susulan hujan berterusan di beberapa kawasan di negeri itu.
Sementara itu, semakan di portal Public InfoBanjir menunjukkan hanya stesen Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) daerah Hulu Terengganu mencatatkan tahap bahaya iaitu 20.89 meter.
Selain itu, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu berada pada paras amaran. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.