Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIGA ARAB KECAM PEMBAKARAN HOSPITAL KAMAL ADWAN DI GAZA

UTAMA

LIGA ARAB KECAM PEMBAKARAN HOSPITAL KAMAL ADWAN DI GAZA

Aboul Gheit juga menyatakan bahawa serangan ke atas Gaza selama 450 hari telah mencapai tahap yang mengerikan, dengan kanak-kanak mati akibat kesejukan dan kakitangan perubatan terbakar.

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab Ahmed Aboul Gheit mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera pendudukan Israel membakar Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza selepas menyerbu premis itu yang mengakibatkan kematian kakitangan perubatan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Aboul Gheit dalam satu kenyataan menegaskan bahawa jenayah perang yang dilakukan oleh Israel di Gaza tidak akan dilupakan dan menyifatkan sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa terhadap jenayah ini sebagai satu titik hitam pada hati nurani kemanusiaan.

Menurut beliau, tindakan menyasarkan hospital dan kakitangan perubatannya serta mengepungnya selama beberapa minggu adalah bukti pengabaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap undang-undang antarabangsa dan tatatertib semasa perang.

Aboul Gheit juga menyatakan bahawa serangan ke atas Gaza selama 450 hari telah mencapai tahap yang mengerikan, dengan kanak-kanak mati akibat kesejukan dan kakitangan perubatan terbakar.

Beliau menambah bahawa sikap berdiam diri dunia terhadap jenayah ini akan membawa kepada keruntuhan orde dunia yang berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, terutamanya selepas kegagalan ketara untuk melindungi orang awam daripada dibunuh atau diseksa. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading