Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JAWI SEDIA KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA BUAT WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN

DALAM NEGARA

JAWI SEDIA KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA BUAT WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam hantaran Facebook hari ini berkata keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sumber Gambar: FB Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris serta saudara baharu. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam hantaran Facebook hari ini berkata keutamaan akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Antara sumbangan JAWI ialah menguruskan tuntutan fardhu kifayah tanpa mengira latar belakang dan umur bagi jenazah yang berwaris atau tidak berwaris, tidak dituntut, mualaf dan lain-lain.

“Khidmat JAWI kepada warga Wilayah Persekutuan ini patut diketengahkan sebagai satu agensi kerajaan yang sentiasa berkhidmat untuk ummah dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Mohd Na’im berkata JAWI ialah sebuah jabatan yang sentiasa menjadi peneraju dalam pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan termasuk dalam pengurusan jenazah, sejak awal penubuhannya.

Orang ramai boleh menghubungi pihak JAWI untuk mendapatkan bantuan dan keterangan lanjut mengenai perkhidmatan pengurusan jenazah melalui talian 03-2274 9333, e-mel ke aduan@jawi.gov.my atau saluran media sosial JAWI. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading