Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, TUJUH CEDERA DALAM KEMALANGAN BABITKAN DUA KERETA DI PEKAN

DALAM NEGARA

SEORANG MAUT, TUJUH CEDERA DALAM KEMALANGAN BABITKAN DUA KERETA DI PEKAN

Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM 37 Jalan Kuantan-Segamat, semalam. 

Sumber Gambar: Media Sosial

KUANTAN: Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM 37 Jalan Kuantan-Segamat, semalam. 

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kemalangan pada kira-kira pukul 8.15 malam itu mengakibatkan Nur Ezyyantie Aliakbar, 30, yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Temai, Pekan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila sebuah Honda HR-V dinaiki empat sekeluarga dari Kuantan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan, berlanggar dengan kereta Myvi dinaiki arwah bersama suami dan dua anaknya, yang dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.

“Siasatan awal mendapati ketika di tempat kejadian, HR-V berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Myvi terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Zaidi berkata suami Nur Ezyyantie dan dua anak perempuannya mengalami kecederaan parah, dan kesemua mereka, termasuk empat sekeluarga yang menaiki HRV yang tercedera dalam kejadian, kini dirawat Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading