Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR KELANTAN: JALAN TERPUTUS, TANAH RUNTUH JEJAS PERHUBUNGAN JALAN DARAT

DALAM NEGARA

BANJIR KELANTAN: JALAN TERPUTUS, TANAH RUNTUH JEJAS PERHUBUNGAN JALAN DARAT

KOTA BHARU: Fenomena banjir yang melanda Kelantan sejak semalam terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.

Penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa meredah air banjir di jalan utama di Tanah Merah. — Bernama

KOTA BHARU: Fenomena banjir yang melanda Kelantan sejak semalam terus membawa cabaran besar apabila berlaku dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang.

Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata dua jalan yang terputus ialah jalan Persekutuan di FT 479 Jalan Kemuning–Bukit Belah dan jalan Negeri D16 Jalan Batu 30–Temangan akibat dinaiki air.

Beliau berkata kesemua jalan yang terputus itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan berat dan ringan kerana kedalaman air kira-kira 0.8 meter.

“Dua kejadian tanah runtuh pula berlaku di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu–Gua Musang berdekatan dengan Dataran Bukit Belah.

“JKR telah meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan terlibat supaya pengguna berhati-hati serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Soh berkata pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dan melayari laman web https://bencana.jkr.gov.my/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai situasi semasa, seperti jalan tutup dan tanah runtuh yang berlaku di kawasan terlibat. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading