Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KADAR GAJI MINIMUM DINAIKKAN KEPADA RM1,700 BERKUAT KUASA 1 FEB 2025

DALAM NEGARA

KADAR GAJI MINIMUM DINAIKKAN KEPADA RM1,700 BERKUAT KUASA 1 FEB 2025

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Feb 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia juga akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja contohnya gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pekerja Kandungan Kreatif (RM2,985).

“Kerajaan MADANI menitikberatkan soal pendapatan rakyat. Penstrukturan ekonomi hanya dianggap berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna untuk menjalani hidup dengan lebih selesa,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata Dasar Gaji Progresif akan dikuatkuasakan sepenuhnya tahun depan dengan peruntukan RM200 juta yang akan memberi manfaat kepada 50,000 pekerja. 

“Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan rakyat. Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan,” katanya. 

Beliau berkata RM250 juta disediakan tahun hadapan untuk meningkatkan penyertaan rakyat miskin tegar dalam program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bagi menambah pendapatan mereka.

“IPR merupakan ikhtiar kita menoktahkan kemiskinan tegar melalui peningkatan pendapatan rakyat.

“Melalui ikhtiar IPR INSAN, Saudari Normaladiana Mohd Yazal yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal, telah membantu suaminya berniaga dan berjaya meraih pendapatan untuk keluarga hampir dua kali ganda,” katanya. – AlHijrah Online 


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading