Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAHYA SINWAR AKAN JADI SUMBER INSPIRASI BAGI PALESTIN: IRAN

DUNIA

YAHYA SINWAR AKAN JADI SUMBER INSPIRASI BAGI PALESTIN: IRAN

Misi diplomatik Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pemimpin Hamas yang syahid, Yahya Sinwar akan menjadi sumber inspirasi bagi golongan belia dan kanak-kanak Palestin yang akan meneruskan perjuangannya ke arah pembebasan tanah air mereka.

Seorang budak lelaki Palestin memegang potret pemimpin Hamas yang terbunuh Yahya Sinwar semasa perhimpunan di Ramallah, di Tebing Barat, hari ini (AFP)

NEW YORK: Misi diplomatik Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa pemimpin Hamas yang syahid, Yahya Sinwar akan menjadi sumber inspirasi bagi golongan belia dan kanak-kanak Palestin yang akan meneruskan perjuangannya ke arah pembebasan tanah air mereka.

Kenyataan ini dimuat naik di akaun rasmi X misi diplomatik Iran ke PBB (@Iran_UN) bersama gambar yang menunjukkan detik-detik terakhir Sinwar, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

“Ketika pasukan Amerika Syarikat mengheret Saddam Hussein yang tidak terurus keluar dari lubang bawah tanah, dia merayu agar tidak dibunuh walaupun dia bersenjata.

“Mereka yang menganggap Saddam sebagai model penentangan akhirnya tumbang.

“Namun, apabila umat Islam melihat kepada Syahid Sinwar yang berdiri di medan perang — dalam pakaian tempur dan berhadapan musuh secara terbuka, bukan di tempat persembunyian — semangat penentangan akan lebih diperkukuh,” tambah kenyataan itu.

Misi itu turut menyatakan bahawa Sinwar akan menjadi “contoh kepada belia dan kanak-kanak yang akan meneruskan jalannya ke arah pembebasan Palestin.

“Selagi penjajahan dan pencerobohan wujud, penentangan akan berterusan, kerana syahid kekal hidup dan menjadi sumber inspirasi,” tambahnya.

Tentera Israel pada Khamis menyatakan bahawa mereka telah membunuh Yahya Sinwar, ketua biro politik baharu bagi pergerakan penentangan Palestin, Hamas, di Semenanjung Gaza. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading